SEKOLAH KEBANGSAANÂ
SULTAN ABU BAKAR 2,
MUAR JOHOR
"Minds are like parachutes. They only function when they are open."
BERITA SEKOLAH
Knowledge For Every Level
SAB 2 Membaca!
SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023
Selamat datang kepada murid-murid baru Prasekolah dan Tahun 1. Juga selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SAB 2 bagi sesi persekolahan 2022/2023. Semoga kita akan lebih cemerlang!
​
Catatan: Tarikh penjualan buku tulis adalah pada 17 Mac 2022 ( Khamis )
#SAB2
#BrightAndBold
#MenujuKecemerlangan
CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN
SESI 2021/2022
25 Februari 2022 - 20 Mac 2022
Selamat bercuti kepada semua. Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan.
#StaySafe
#KitaJagaKita
Selamat Bersara
Pn. Hjh. Salwah binti Hj. Mohd. Salleh
GPK 1 SK SAB 2
( 2018 - 2021 )
PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
TAHUN 2021
Bermula esok 1 Mac 2021,sekolah-sekolah akan dibuka semula. Diharapkan semua pihak dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan sentiasa terpelihara. Khusus untuk anak-anak Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 SK Sultan Abu Bakar 2 Muar, kami mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Kembali Ke Sekolah.
#KitaJagaKita
#KitaBelumMenang
#BersamaKitaPutuskanRantaianCovid19
LEMBARAN KERJA PDPR
Seperti PDPR tahun 2020, pada tahun ini pihak sekolah juga telah mengambil inisiatif untuk menyediakan rak di pondok pengawal keselamatan sekolah bagi memudahkan ibu bapa untuk mengambil dan menghantar kerja sekolah murid. Pendekatan ini dilihat dapat membantu murid-murid belajar dengan lebih berkesan. Lembaran kerja diberikan secara mingguan.
PENGAGIHAN BUKU TEKS DAN PEMBAYARAN KEPERLUAN SEKOLAH
Pemulangan dan pengagihan buku teks serta pembayaran keperluan sekolah telah pun dijalankan pada 31 Januari 2021 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
KELAS PDPR
Pihak sekolah telah menyerahkan ID Delima kepada semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Sesi PDPR menggunakan pelantar Google Classroom di laman DELIMa KPM juga dijalankan terutama melibatkan murid Tahun 5 dan 6. Tahniah kepada murid-murid dan ibu bapa mereka yang komited dalam mengikuti PDPR. Walaupun begitu, jumlah murid yang mengikuti Google Meet amat rendah. Pihak sekolah memahami kekangan yang dihadapi oleh murid-murid dan ibu bapa. Semoga Covid-19 cepat berlalu dan kita semua dapat memulakan persekolahan bersemuka.